Layari Bahagian Akedemik Kami

Secara ringkasnya, Ksrs merupakan kolej teknikal berteraskan keusahawanan yang terdapat di shah alam. Kami berpusat di tengah-tengah ibu kota terpadu utamayang terletak di daerah Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ksrs berhasrat untuk melengkapkan graduan dengan pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang diperlukan bagi menyumbang serta memainkan peranan penting dalam ekonomi global dan berasaskan industri 4.0.

Operasi Pemesinan

Operasi Pemesinan ialah proses pemotongan dan pembuangan bahagian bahan mentah seperti logam, plastik, atau kayu menggunakan mesin khusus untuk membentuknya mengikut reka bentuk, saiz, dan ketelitian yang tepat.

Operasi Pemesinan Cnc

CNC (Computer Numerical Control) Machining ialah proses pemotongan dan pembentukan bahan mentah (seperti logam atau plastik) yang dikawal sepenuhnya oleh arahan komputer. Ia membuang lebihan bahan secara automatik untuk menghasilkan komponen berketepatan tinggi (high precision) mengikut reka bentuk 3D yang tepat.

Reka Bentuk Pemesinan & Pembangunan Pengaturcaraan

Ia adalah fasa penyediaan awal dalam proses pemesinan di mana reka bentuk produk (CAD) dicipta dan diterjemahkan kepada kod arahan mesin (G-code/CAM). Fasa ini memastikan mesin CNC dapat memotong dan membentuk bahan mentah dengan ketepatan tinggi, kecekapan maksimum, dan tanpa ralat.

Teknologi Pembuatan Acuan & Dai

Pembuatan Mould & Die ialah proses mereka bentuk dan menghasilkan acuan logam khas yang digunakan untuk membentuk bahan (seperti plastik, getah, atau logam) menjadi produk siap secara konsisten. Ia merupakan komponen asas dalam industri pembuatan secara pukal (mass production).