Diploma Manufacturing – Tools & Die (Alat Tekan)
Objektif kursus
Melahirkan tenaga kerja sebagai Press Tool Designer peringkat separa pengurusan yang berpengetahuan ‘interdisciplinary’ dan berketerampilan serta kemahiran teknikal tinggi sejajar dengan perkembangan dan kehendak industri semasa.
Butiran Kursus
Syarat Kemasukan
Berminat dalam bidang Teknologi Pembuatan Produk berasaskan logam. Berumur 15 tahun keatas. Tamat SPM atau PT3 atau menghadiri sesi temuduga.
Tempoh Masa Latihan
3 tahun dan 3 bulan (latihan industri) merangkumi 40% teori dan 60% amali .
Modul Teknologi
Penggunaan komputer program software seperti IconCad, CAD/CAM dalam merekabentuk Alat Tekan (single, compound & progressive) serta penggunaan Mesin CNC (Computer Numerical Control) Milling, Turning, Wirecutting, EDM dalam proses pemesinan 3 Dimensi bagi menghasilkan produk berasaskan logam.
Asrama
Disediakan dengan kemudahan penginapan.
Pembiayaan
Dana tajaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), MARA, PSMB atau Lembaga Zakat akan diuruskan oleh pihak Kolej. Elaun sara hidup RM400.00 sebulan.
Kelebihan
Peluang pekerjaan yang luas disediakan sebagai Juruteknik, Pembantu Teknik atau Die Designer, Die Setter di Industri Pembuatan Automotif, Elektrik, Elektronik seperti Proton, Perodua, Panasonic, Sony, Samsung dan vendor pembekal.
Graduan Diploma berpeluang melanjutkan pelajaran keperingkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan bidang Pembuatan di Universiti Teknikal seperti UTHM, UTEM, UMP, UNIMAP, UNIKL dan TATIUC.
Sila layari laman web MTUN (Malaysia Technical University Network)
Soalan Lazim
Siapa yang layak memohon?
Akan dikemaskini
Apa yang akan dipelajari?
Akan dikemaskini
Cara Memohon
Untuk mendaftar sila klik buttang dibawah.
Kelebihan Kursus
Jam kredit
Kerja kursus
Latihan Industri
Masa Depan Anda Bermula Disini.
Kami komited dalam menyediakan pembelajaran yang menepati kehendak industri kepada pelajar kami.