Tentang Kami
Sejarah Penubuhan
SRS (School of Research and Skill)
Kolej Sei Ryu Sha (KVSRS) adalah Kolej Vokasional Pilihan untuk kesinambungan Pengajian Kemahiran Lanjutan Anda.
Beroperasi sebagai syarikat pembuatan acuan logam dan plastik (Mould & Dies dan Jigs & Fixtures) untuk industri automotif pada tahun 2002.
Mendapat kelulusan penubuhan Pusat Bertauliah (PB) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada tahun 2002 bagi program peringkat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2. Pada tahun 2013 pendaftaran sebagai Kolej Sei Ryu Sha setelah mendapat kelulusan program peringkat Diploma Kemahiran Malaysia.
Kolej Sei Ryu Sha menawarkan 4 program Diploma. Kelebihan Kolej Sei Ryu Sha adalah memberi fokus kepada Bidang Kejuruteraan Teknologi terkini yang memenuhi tuntutan industri global.
OBJEKTIF
1. Menyediakan Latihan Kemahiran dalam Pelbagai Bidang Mengikut Piawaian Kemahiran Kebangsaan (NOSS).
2. Menyediakan Latihan Pembangunan Insan ke arah melahirkan Peribadi yang Berakhlak Mulia sesuai dengan aspirasi Negara.
3. Memberi Latihan Keusahawanan bagi melahirkan Usahawan yang Berinovatif dan Berdaya Saing di kalangan Belia.
4. Menyediakan Latihan Jangka Pendek, Modular dan Customised Kepada Pekerja Industri berteraskan Teknologi terkini.
5. Melahirkan Sumber Tenaga Kerja Teknikal Mengikut Keperluan Pasaran Negara.
Dasar Kualiti
Kami Kakitangan KVSRS Beriltizam :
Melahirkan Tenaga Kerja Berpengatahuan dan Berkemahiran Tinggi yang Bersahsiah Murni Serta Berdaya Saing Dalam Cabaran Globalisasi
Memenuhi Kehendak Pelanggan Dengan Memberi Komitmen yang Tinggi ke Arah Meningkatkan Produktiviti Serta Penerapan Suasana Kerja Harmoni
Memberi Komitmen Secara Berterusan Untuk Meningkatkan Keberkesanan Sistem Pengurusan dan Pengajaran Berkualiti
Kami Menawarkan Kursus & Progran Sejajar Dengan Kehendak Industri Tempatan dan Global.
VISI
Menjadi Kolej Vokasional Terunggul Bagi Melahir Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi Yang Menepati Keperluan Pembangunan Industri, Berakhlak Mulia Dan Bertanggungjawab Selari Dengan Falsafah Pendidikan Negara
MISI
✅ Bagi Melahir Tenaga Kerja Separa Profesional dan Profesional Dalam Bidang Teknikal
✅Bagi Melahir Tenaga Kerja yang Berdaya Saing, Berwawasan, Beretika, Berinovasi dan Memiliki Minda Kelas Pertama
✅Bagi Melahir Teknopreneur Global Kearah Pembangunan Masyarakat Perdagangan
Sertai Lebih Dari 17,500 Pelajar di KVSRS
Kami komited dalam menyediakan pelajaran yang terbaik menepati kehendak industri dan pasaran.