Kemahiran Membina Kerjaya

Tel: +603 - 5122 5452 | Fax : +603 - 5122 5453 | Email: admin@kvsrs.edu.my


Diploma Manufacturing - Tools & Die (Alat Tekan)

 

 

Objektif kursus

Melahirkan tenaga kerja sebagai Press Tool Designer peringkat separa pengurusan yang berpengetahuan 'interdisciplinary' dan berketerampilan serta kemahiran teknikal tinggi sejajar dengan perkembangan dan kehendak industri semasa.

Syarat Kemasukan

Berminat dalam bidang Teknologi Pembuatan Produk berasaskan logam. Berumur 15 tahun keatas. Tamat SPM atau PT3 atau menghadiri sesi temuduga. 

Tempoh Masa Latihan

3 tahun dan 3 bulan (latihan industri) merangkumi 40% teori dan 60% amali .

Modul Teknologi

Penggunaan komputer program software seperti IconCad, CAD/CAM dalam merekabentuk Alat Tekan (single, compound & progressive) serta penggunaan Mesin CNC (Computer Numerical Control) Milling, Turning, Wirecutting, EDM dalam proses pemesinan 3 Dimensi bagi menghasilkan produk berasaskan logam.

Asrama

Disediakan dengan kemudahan penginapan.  

Pembiayaan

Dana tajaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), MARA, PSMB atau Lembaga Zakat akan diuruskan oleh pihak Kolej. Elaun sara hidup RM400.00 sebulan.

Kelebihan

Peluang pekerjaan yang luas disediakan sebagai Juruteknik, Pembantu Teknik atau Die Designer, Die Setter di Industri Pembuatan Automotif, Elektrik, Elektronik seperti Proton, Perodua, Panasonic, Sony, Samsung dan vendor pembekal.

Graduan Diploma berpeluang melanjutkan pelajaran keperingkat  Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan bidang Pembuatan di Universiti Teknikal seperti UTHM, UTEM, UMP, UNIMAP, UNIKL dan TATIUC.

Sila layari laman web MTUN (Malaysia Technical University Network)