Kemahiran Membina Kerjaya

Tel: +603 - 5122 5452 | Fax : +603 - 5122 5453 | Email: admin@kvsrs.edu.my


DIPLOMA INDUSTRIAL PRODUCT DESIGN

Objektif  Kursus

Melahirkan tenaga kerja peringkat separa pengurusan yang berpengetahuan 'interdisciplinary' dan berketerampilan serta kemahiran teknikal tinggi sejajar dengan perkembangan industri.

Syarat Kemasukan

Berminat dalam pembelajaran komputer bidang Computer Art Design. Berinovasi dan kreatif dalam rekaan produk industri yang mencabar dan mengikut trend semasa. Berumur 15 tahun keatas.Tamat SPM atau PT3 atau menghadiri sesi temuduga.

Tempoh Masa Latihan

3 tahun dan 3 bulan (latihan industri) merangkumi 30% teori dan 70% amali.

Modul Teknologi

Penggunaan komputer software seperti Solidwork, IronCad, CAD/CAM dan lain-lain dalam merekabentuk produk industri berbentuk solid, 2 & 3-Dimensi. Penggunaan mesin 3D printer bagi penghasilan prototype.

Kemudahan

Asrama disediakan dengan kemudahan penginapan.

Pembiayaan

Dana tajaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), MARA atau Lembaga Zakat diuruskan oleh pihak Kolej. Elaun sara hidup RM400.00 sebulan.

Kelebihan

Graduan Diploma akan dilatih menjadi Pembantu Jurutera Pembuatan yang berkemampuan menjalankan tugas di dalam bidang pembuatan, merekabentuk produk, perundingan dan pendidikan.

Peluang pekerjaan disediakan sebagai Industrial Product Designer di industri Pembuatan Perabut, Automotive, Elektrik, Elektronik seperti Proton, Perodua, Panasonic, Sony dan vendor pembekal.

Berpeluang melanjutkan pelajaran keperingkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi bidang pembuatan di Universiti Teknikal seperti UTHM, UTEM, UMP, UNIMAP, UNIKL dan TATIUC.

Sila layari lamanweb MTUN