Kemahiran Membina Kerjaya

Tel: +603 - 5122 5452 | Fax : +603 - 5122 5453 | Email: admin@kvsrs.edu.my


Diploma Manufacturing - Plastic Injection Mould (Acuan Suntikan Plastik)

Objektif Kursus

Melahirkan tenaga kerja sebagai Mould Designer peringkat separa pengurusan yang berpengetahuan 'interdisciplinary' dan berketerampilan serta kemahiran tinggi dalam pembuatan perkakasan Acuan Suntikan Plastik sejajar dengan perkembangan dan kehendak industri semasa.

Syarat Kemasukan

Berminat dalam Bidang Teknologi Pembuatan Produk Plastik. Berumur 15 tahun keatas. Tamat SPM atau PT3 atau menghadiri sesi temuduga.

Tempoh Masa Latihan

3 tahun dan 3 bulan (latihan industri) merangkumi 40% teori dan 60% amali.  

Modul Teknologi

Penggunaan komputer program software CAD/CAM dalam merekabentuk Acuan Suntikan Plastik (2-plate & 3-plate) serta penggunaan Mesin CNC (Computer Numerical Control) Milling, Turning, Wirecutting, EDM dalam proses pemesinan 3Dimensi bagi penghasilan produk plastik.

Asrama

Disediakan dengan kemudahan penginapan.

Pembiayaan

Dana tajaan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), MARA, PSMB atau Lembaga Zakat akan diuruskan oleh pihak Kolej. Elaun sara hidup RM 400.00 sebulan.

Kelebihan

Peluang pekerjaan yang luas disediakan sebagai Juruteknik, Pembantu Teknik atau Mould Designer, Mould Setter di industri Pembuatan Automotif, Elektrik, Elektronik seperti Proton, Perodua, Panasonic, Sony dan vendor pembekal.

Graduan Diploma berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan bidang Pembuatan di Universiti Teknikal seperti UTHM, UTEM, UMP, UNIMAP, UNIKL dan TATIUC.

 

Sila layarai laman web MTUN (Malaysia Technical University Nerwork).