Kemahiran Membina Kerjaya

Tel: +603 - 5122 5452 | Fax : +603 - 5122 5453 | Email: admin@kvsrs.edu.my


PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)

Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) mula beroperasi pada tahun 2001 sebagai satu kumpulan wang amanah untuk membiayai pelatih - pelatih kursus peringkat Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia (SKM/DKM) dari Pusat - Pusat Latihan Kemahiran Awam dan Swasta yang programnya ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir Negara.

 

TPK kemudiannya diperbadankan dan dikenali dengan nama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi memantapkan urusan pembiayaan yang merangkumi Yuran Pengajian bagi setiap tahap dan Yuran Sara Hidup sebanyak RM 300.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian dan di Creditkan terus ke akaun pelatih.

Kvsrs tiada mengenakan yuran tambahan selain dari yuran pengajian yang telah ditetapkan oleh PTPK.

Urusan pembiayaan PTPK diuruskan sepenuhnyan oleh kvsrs.

 

Sila layari laman web

http://www.ptpk.gov.my